Thursday 30 August 2012

IMPLIKASI PEREZAAN INDIVIDU TERHADAP P & P


BAB 3 : PERBEZAAN INDIVIDU
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0    PENGENALAN
Menurut Suppiah Nachiappan (2008), perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara.  Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.



2.0    IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

2.1    Perbezaan gaya berfikir
Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.
Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan jelas keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas. Manurut pakar psikologi, terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu. Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti perlakuan setiap murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran dimulakan.
Menurut teori pembelajaran pengalaman, terdapat empat peringkat pengalaman yang dilalui oleh murid iaitu, pengalaman konkrit, pemerhatian, reflektif, perkonsepan abstrak dan percubaan aktif. Hasil daripada empat peringkat ini, lahirlah individu dengan gaya belajar yang tersendiri sama ada diverger, assimilator, konverger,  ataupun akomodator.


2.2    Objektif pengajaran dan pembelajaran
Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Bagi murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah. Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid.  Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan yan lemah.


2.3    Kesediaan belajar
Sememangnya diketahui bahawa umur merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan kesediaan kanak-kanak untuk belajar. Namun demikian, kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki kelas tadika dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan sesuatu pengajaran. Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut.
Murid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lembam yang memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar. Perlu diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu.
Di peringkat sekolah menengah pula, disamping perbezaan dari segi umur, faktor motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Contohnya, sekiranya seorang pelajar tidak meminati mata pelajaran Geografi dipaksa oleh guru untuk mengambilnya, besar kemungkinan pelajar tersebut tidak akan menyediakan dirinya untuk belajar. Situasi ini jika berlarutan akan menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut turut terjejas.

2.3    Gangguan pengajaran dan pembelajaran
Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar. Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka juga biasanya saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru. Guru harus berhati-hati menangani murid-murid salah laku yang berkecenderungan merosakkan harta sekolah dan mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes murid yang cerdik menggangu pembelajaran seperti terlalu proaktif, menyudahkan kerja terlalu cepat dan berani melawan.

2.4    Kadar kecerdasan mengikut jantina
Manusia memang jelas berbeza dalam kadar dan kebolehan. Darjah kecerdasan biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap, kematangan dan faktor persekitaran. Berbagai-bagai jenis ujian, kajian telah dan sedang dilaksanakan untuk mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak. Kajian-kajian di negara Barat membuktikan bahawa kecerdasan seseorang akan bertambah apabila umurnya meningkat.  Hal ini adalah sejajar dengan pendapat bahawa seseorang pelajar yang telah sedar akan nilai pendidikan akan mempunyai inisiatif dan motivasi yang kuat untuk belajar. Pada umumnya, keupayaan intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di peringkat sekolah rendah adalah lebih baik daripada pelajar lelaki. Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah sederhana dan akan meningkat mencapai kematangan apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa tahap kecerdasan pelajar perempuan akan kekal stabil apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Mungkin itulah sebabnya mengapa angka kemasukan pelajar perempuan ke pusat pengajian tinggi adalah lebih ramai daripada lelaki. Walaupun demikian, kajian tentang perbezaan pada kebolehan antara jantina masih belum lagi dapat dilaksanakan dengan secukupnya untuk merumuskan satu kesimpulan yang sempurna.


2.5    Latar belakang kehidupan
Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada hungkait dengan kemajuan anak-anaknya. Sebagai contoh kita sering mendengar kebanyakan sekolah di Bandar mencatatkan keputusan peperiksaan umum yang cemerlang. Apabila ditinjau dan diteliti, murid-murid dari “sekolah-sekolah cemerlang” ini sebenarnya mempunyai latar belakang keluarga yang sempurna. Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan  komputer berinternet dan buku-buku rujukan yang lengkap. Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar biasanya lebih rendah pencapaian mereka dalam sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak langsung mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan murid-murid.


2.6    Kebolehan fizikal
Pada umumnya, kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor. Keadaan ini jelas terbukti melalui kecergasan dan kemahiran kanak-kanak dalam sebarang kegiatan atau permainan tertentu yang bergantung kepada kematangan oto-otot pada organ-organ yang penting. Penyelarasan psikomotor dan kebolehan bertambah selari dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan.
Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai asas iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran-kemahiran asas seperti menulis sangat bergantung kepada sejauh mana otot kecil mata, jari dan tangan bekerjasama dengan kekuatan pemikiran individu. Oleh itu, pelajar yang mempunyai koordinasi yang baik diantara otot-otot mata dengan otoot-otot yang terdapat di bahagian lengan biasanya dapat menulis dengan cepat dan cantik sekiranya dibandingkan dengan yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut. 


2.7    Perbezaan sosial
Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak teragak-agak menyoal guru tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran yang mereka kurang memahami. Oleh itu, mereka akan membentuk konsep-konsep yang lebih jelas den seterusnya dapat menunjukkan pencapaian persekolahan yang lebih baik. Sebaliknya, murid-murid yeng bersifat introvert, iaitu yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, mereka akan berasa malu dan takut untuk mengemukakan soalan-soalan sekiranya menghadapi pelbagai kesulitan atau keraguan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam kemajuan persekolahan.


2.8    Perbezaan emosi
Murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Murid-murid seperti ini tentu dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Penumpuan seperti ini tetap akan membantu mereka membentuk konsep-konsep yang jelas dalam pelbagai mata pelajaran. Situasi seperti ini akan membolehkan pelajar berkenaan memperoleh pencapaian akedamik yang baik di dalam bilik darjah. Sebaliknya, murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu sibuk sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian. Emosi yang kurang stabil tetap akan menjejaskan penumpuan mereka terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Keadaan ini tentu akan menjejaskan pencapaian akedemik mereka.



3.0   PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU
Guru ialah objek penting perlu mengetahui dan menangani perbezaan individu.


3.1    Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
Strategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan, iaitu pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.


3.2    Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif
Ahli psikologi mengambil berat tentang kemahiran guru menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebalikknya, jika sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh menggunakan penangguhan nagatif.


3.3    Teknik motivasi
Motivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid kearah yang lebih dinamik. Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak bermaya, malas belajar, tidak mempunyai cita-cita dan suka ponteng kelas. Mengikut Greece,  seorang tokoh motivasi, menyatakan setiap tingkahlaku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi yang berbeza-beza. Seorang yang malas belajar dengan seorang yang tidak mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu biasa dan memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi.


3.4    Mempelbagaikan kaedah mengajar
Perbezaan individu boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada pada kanak-kanak ataupun orang dewasa. Bagaimanapun, dalam situasi pengajaran, para pendidik yang peka dan berpengalaman boleh mengatasi keadaan perbezaan murid-murid dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran iaitu;
a)    Kaedah kumpulan mengikut kebolehan
Di peringkat sekolah rendah, murid-murid biasanya mempunyai kebolehan yang berbeza dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Maka guru-guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk mengatasinya.
Pengumpulan sejenis atau homogenus ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih baik dan cekap. Guru akan melihat kanak-kanak secara individu dan mengumpulkan mereka yang sama atau hampir sama taraf kepada satu kumpulan. Biasanya guru menggunakan tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang dianggap pandai, kumpulan B murid-murid sederhana manakala kumpulan C murid-murid yang lemah. Dengan menggunakan kaedah tersebut, guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Dalam beberapa bulan, besar kemungkinan murid-murid yang lemah akan dapat meningkatkan lagi pencapaian iaitu setanding dengan kumpulan B dan A.
Guru juga boleh melihat  sekolah yang menggunakan nama kelas berbeza dalam sesuatu darjah bagi membezakan kebolehan murid. Pembahagian kelas ini dilakukan selepas sesi persekolahan semester pertama bermula. Murid dipilih berdasarkan pencapaian purata mereka dalam peperiksaan akhir semester lepas. Oleh itu, guru tidak perlu menggunakan kaedah kumpulan semasa mengajar di dalam sesebuah kelas.

b)    Pengajaran bebas dan menggunakan Bilik Sumber
Pengajaran bebas bermaksud memberi kebebasan kepada murid dalam masa tertentu untuk belajar atau membuat kerja-kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik sumber secara bersendirian atau berkumpulan. Bilik-bilik yang dimaksudkan itu perlu mengandungi pelbagai sumber seperti buku, majalah, akhbar dan komputer. Kanak-kanak digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan memulakan kegiatannya sendiri kearah mencapai sesuatu peringkat. Tugas guru hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan. Kanak-kanak adalah bebas untuk menyediakan tugasanya dengan sendiri melalui bantuan guru.

c)    Pengajaran pemulihan
Pengajaran pemulihan hanyalah ditumpukan kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran asas pembelajaran di peringkat awal seperti di tahun  1 sekolah rendah. Pelajar yang terlibat biasanya tidak dapat mengikuti sebahagian besar pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada secara formal atau tidak formal. Tujuan pengajaran pemulihan ini adalah untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya membina sifat keyakinan diri.
Guru boleh mengenal pasti pelajar yang dianggap terlampau lemah denagn memerhatikan tingkah laku dan hasil kerja mereka. Ujian diagnostik akan diberikan kepada mereka yang disahkan memerlukan pendidikan khas untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang utama. Sesudah dilaksanakan pengajaran khas, satu ujian akan diberikan bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut. Pelajar yang berjaya akan dimasukkan semula ke kelas biasa. Manakala mereka yang gagal akan ditambahkan lagi masa bagi mmebolehkan mereka mendapat pendidikan dan bimbingan yang lebih baik di kelas pemulihan.

d)    Program pengayaan
Seseorang pendidik perlu menyediakan satu program pengayaan berdasarkan tahap pencapaian dan kemahiran asas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Program ini merupakan satu corak aktiviti pembelajaran yang membolehkan murid-murid mengembangkan sifat ingin tahu, daya cipta, bakat kepimpinan, minat belajar, semangat berdikari, motivasi dan memperluaskan lagi dalaman.
Program ini boleh dilaksanakan sebaik sahaja guru mengenal pasti peringkat-peringkat pencapaian murid. Murid yang cerdas diberi beberapa latihan pembelajaran yang mencabar. Murid yang sederhana pula diberi latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka. Manakala, murid yang lemah, latihan yang lebih mudah diberikan. Secara ringkasnya, program pengayaan ini dapat menolong para guru merancang beberapa strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza-beza.

e)    Progran berunit mengikut kecepatan sendiri murid
Dalam rancangan ini, guru menyediakan beberapa unit kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar. Rancangan ini membantu para pelajar meningkatkan lagi pencapaian mengikut kecepatan mereka sendiri. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah Dalton. Melalui kaedah ini, pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. Guru hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Sementara itu, graf kemajuan harian murid akan disimpan bagi melihat kebolehan dan pencapaian mereka.

f)     Kaedah garak balas.
Kaedah ini bermaksud melatih murid membuat aktiviti sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Kaedah memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak dalam situasi belajar dan bukannya penerima yang pasif  daripada guru. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek. Bagi memenuhi objek tersebut, guru harus menyediakan alat bantu mengajar yang cukup kepada murid. Guru juga boleh menggalakkan murid memilih bahan atau alat sendiri, iaitu sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Guru dapat mengetahui tahap pemikiran pelajar melalui hasil laporannya.

g)    Pengajaran terancang
Dalam pengajaran terancang, setiap murid akan belajar mengikut kemampuan dan cara yang tersendiri. Guru perlu mahir dalam menyusun strategi perancangan yang logik tanpa merujuk kepada buku teks. Terdapat tiga jenis pengajaran terancang, iaitu jenis linear, semua murid dikehendaki mendapatkan bahan yang sama, tetapi membuat kerja mengikut kadar yang tersendiri. Murid akan mendapat maklum balas dengan segera dari guru tentang apa yang dibuat. Jenis bercabang ialah pengajaran terancang yang disusun agar murid yang cekap dapat mengikutinya dengan cepat. Jenis penyesuaian pula ialah yang dianggap tercanggih melalui penggunaan komputer bagi mengawal tahap kebolehan individu.


Pada masa ini terdapat berbagai-bagai kaedah mengajar telah dicipta. Kaedah-kaedah mengajar ini disukai oleh murid secara berbeza-beza. Contohnya, ada murid yang tidak suka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama rakan manakala ada juga murid yang suka kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Guru perlu mendalami kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh murid. Walau bagaimanapun, guru pastinya tidak dapat memenuhi permintaan kehendak semua murid tetapi dengan mempelbagaikan kaedah mengajar akan dapat mengurangkan kebosanan murid.



3.5    Merancang variasi penyampaian
Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru perlu menggunakan semua pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan mampu menarik perhatian murid. Murid yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru. Murid yang suka menggangu rakan akan berhenti mengganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru dikehendaki selalu menukar-nukarkan intonasi suara supaya murid-murid benar-benar terhibur. Banyak kajian menunjukkan murid-murid tidak berminat belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru tidak memberangsangkan.


3.6    Nasihat kaunseling pembelajaran
Individu yang berbeza-beza memerlukan teknik nasihat yang berbeza-beza. Guru perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling. Etika kaunseling adalah penting apabila berhadapan dengan murid. Pasti ada murid yang tidak sanggup berhadapan dengan pembetulan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga murid yang memerlukan bantuan rakan sahaja untuk menyelesaikan masalah mereka. Kepercayaan murid pada guru bergantung kepada perhatian guru kepada mereka. Guru yang memahami masalah murid sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid.


3.7    Menghubungi keluarga
Tingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa yang dipamerkan di sekolah dan rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa membantu memudahkan guru mengesuaikan teknik-teknik mengajar.


KESIMPULAN
Perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidkan. Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti oleh seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran paling besar guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang disebabkan oleh perbazaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik supaya ianya memberi faedah kepada semua murid.



RUJUKAN

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psokologi Perkembangan Semester 1. Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Syarifah Alwiyah Alsagoff. Psikologi Pendidikan 1. Longman


 
HALIMAH BINTI ABDULLAH
DPLI MU/RBT

Wednesday 29 August 2012



BAB 3
PERBEZAAN INDIVIDU

1.0 ) KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU
Setiap individu berbeza dari segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.Plato mengatakan“Tiada individu yang sama tetapi setiap individu adalah berbeza dengan yang lain secara semulajadi di mana seseorang itu sesuai untuk sesuatu pekerjaan manakala  yang lain sesuai untuk pekerjaan yang lain.”

DAPATAN PAVLOV :
Guru harus mengambil kira pembawaan perangai muridnya,khususnya berhubung dengan gerak balas murid yang diajarnya dan penggunaan bahan pengajaran.

Plato :
“Tiada dua individu yang sama , tetapi setiap individu adalah berbeza dengan yang lain secara semulajadi, di mana seseorang itu sesuai untuk sesuatu pekerjaan manakala yang lain sesuai untuk pekerjaan yang lain.
Perbezaan individu dapat dilihat menerusi pola-pola tingkahlaku, dan tenaga.
Selain itu ciri fizikal juga, status ekonomi, pendidikan, sosio masyarakat dan persekolahan juga adalah impak kepada perbezaan individu

Secara keseluruhannya perbezaan individu boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian atau perbezaan dalam watak personaliti individu-individu daripada norma kumpulan atau dari aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial, bakat dan sebagainya.
Kajian tentang perbezaan individuini sangatpenting bagi menerang dan meramal tingkahlaku dan prestasi murid-murid di dalam bilik darjah kerana ia berkait rapat dengan keunikan dan kepelbagaian yang wujud dalamkalanga nmanusia.Kefahaman tentangp erbezaan individu ini akan membantu guru-guru merancang strategi-strategi yang sesuai bagi mengoptimakan pengajaran mereka.

2.0 ) JENIS-JENIS PERBEZAAN INDIVIDU

2.1 ) PerbezaanFizikal

Perbezaan fizikal dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti jantina, pertumbuhan fizikal, umur dan kematangan, warna kulit, mata, rambut dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding dengan murid perempuan.Murid  lelaki lebih lasak berbanding dengan perempuan. Murid-murid yang mempunyai masalah fizikal seperti cacat atau kurang upaya memerlukan perhatian dan keperluan yang lebih.
Dari segi umur dan kematangan pula, kajian menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi khasnya di peringkat awal persekolahan tetapi di peringkat sekolah menengah dan selepas umur 15  tahun murid lelaki lebih berjaya berbanding dengan murid perempuan.

2.2)  Perbezaan Kognitif

Perbezaan kognitif bermaksud kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikr secara logik,menaakul dan mengira.Kadar penerimaan dan memproses maklumat individu berbeza kerana kebolehan tersendiri otak masing-masing. Kebiasaannya murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan perempuan pula membaca dan sastera. Contohnya masalah pembelajaran seperti kurang upaya kognitif seperti disleksia mencacatkan kebolehan murid untuk mencapai pencapaian akademik yang lebih tinggi.

2.3)  Perbezaan Emosi
Perbezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu dan pasif.Oleh itu, guru mesti berkebolehan untuk mengenalpasti perbezaan murid ini dan menangani mereka dengan cara yang bersesuaian. Contohnya guru perlu menggunakan pelbagai strategi pengajaran seperti teknik peneguhan, BBM dan sebagainya bagi membantu mengurangkan masalah perbezaan individu di kalangan murid.

2.4) Perbezaan Sosial
Perbezaan sosial mungkin berpunca dari latar belakang sosio ekonomi murid dan kapasiti keluarga.Keluarga yang mewah mendapat nutrisi makanan yang baik dan keadaan fizikal yang terjaga rapi.Selain itu, mereka turut mendapat pendidikan yang lebih baik seperti menghadiri kelas tuisyen sebaliknya murid dari keluarga yang susah tidak mampu untuk mendapatkan semua kemudahan tersebut.Guru akan berdepan dengan murid murid yang berkebolehan tinggi dan kurang berkebolehan. Dengan itu, guru perlu berkebolehan dalam menangani semua tahap sosial dan budaya murid semasa pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai.

2.5 Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya merangkumi perayaan, kepercayaan, makanan dan pemakaian.Setiap budaya mempunyai norma dan kepercayaan masing-masing.Contohnya kaum India secara tradisinya mengelak dari makanan yang berasaskan daging lembu. Oleh itu guru dan murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormat menghormati terhadap perbezaan budaya ini.Toleransi dan penerimaan  antara kaum serta peranan dan sikap guru adalah paling utama bagi melahirkan masyarakat yang berintegrasi.

2.6 Perbezaan Rohani
Perbezaan rohani lahir disebabkan oleh faktor budaya.Aspek ini lebih universal kerana ia melibatkan hubungan antara tubuh badan minda dan jiwa.Sebagai seorang guru haruslah bersikap positif terhadap agama muridnya yang pelbagai dan disesuaikan dengan keadaan dan situasi. Contohnya guru perlulah mengajar muridnya untuk menghargai kepelbagaian yang terdapat di dalam kelas dan berbangga dengan keadaan ini.

3.0 KEPELBAGAIAN JENIS KECERDASAN

Menurut kamus dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan
lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan).  Cantell (1971) pula melihat kecerdasan sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu kesemua proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Clark (1992), mendefinisikan kecerdasan sebagai akibat perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang individu dan peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaranya.

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan.

Mengikut Howard Gardner :
Manusia mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi dalam kuantiti yang  berbeza iaitu kekuatan dalam kecerdasan tertentu dan kelemahan dalam kecerdasan lain.

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
•        Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
•        Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
•        Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

Secara keseluruhannya kecerdasan boleh di definisikan sebagai keupayaan dan kekuatan dalaman yang ada pada setiap individu contohnya keupayaan mental dan kecerdasan,emosi,sosial serta fizikal. Terdapat sembilan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan muzik, Kecerdasan logik (matematik), kecerdasan ruang, kecerdasan rohaniah,kecerdasan dalaman diri, kecerdasan kinestetik, kecerdasan hubungan antara manusia dan kecerdasan alam sekitar.

3.1)Kecerdasan linguistik
Kecerdasan linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal bermaksud lisan atau kata-kata, manakala linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian saintifik tentang bahasa atau sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang verbal linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa aisng dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.

Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik. Oleh itu, guru amat memainkan peranan akan kepentingan kecerdasan ini kerana dapatan kajian Norliah( 2005) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai melalui elemen kecerdasan vebal-linguistik  dalam pengajaran bahasa melayu diprasekolah mempengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif guru-guru terhadap kecerdasan verbal linguistik.  Individu dengan kecerdasan

3.2) Kecerdasan Muzik
Muzik adalah  gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi  ketiga, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-bunyian. Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik.  Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan  membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka  juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan tanah air.

Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan mental, ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan irama yang didendangkan.  Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar. Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan  kanak-kanak  iaitu dengan mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi dan sebagainya manakala bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang dengan memperdengarkan muzik.  Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.

3.3) Kecerdasan Logik Matematik

Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini.  Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

Kebanyakan individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Sufiah, Al- Khawarizmi, dan Einstein. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu  tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.

3.4)  Kecerdasan Ruang

Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik  serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia,  alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka.

Di samping itu,  individu yang memiliki kecerdasan ini  juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang
visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

3.5) Kecerdasan Rohaniah

Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan rohaniah ini merupakan seseorang yang menunjukkan kekhuatiran  kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian  dan juga  realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya dan kehidupan manusia. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato , Socrates dan Einstein.

3.6) Kecerdasan Hubungan Antara Manusia

Kecerdasan dalaman diri adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.  Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan.
 Aktiviti  ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut
Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan
sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan dalaman diri yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat.
 Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan dalaman diri yang kuat boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.Seseorang yang mempunyai kecedasan ini mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat

3.7) Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan  sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara  kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya,  menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat  perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan  kaedah mengeja.Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi


3.8) Kecerdasan Dalaman Diri

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.
3.9) Kecerdasan Alam Sekitar
Kecerdasan alam sekitar melibatkan alam dan kepintaran  yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam,mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati  terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alamyang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya.Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung. 

Contoh video yang menunjukkan gaya pembelajaran individu
http://www.youtube.com/watch?v=fQYW6vYSGXs
http://www.youtube.com/watch?v=5Cf-1zx58CU

4.0 Cara seseorang guru mengguna kepelbagaian kecerdasan dalam  P & P
4.1) Strategi Pengajaran
Pengetahuan guru tentang kepelbagaian kecerdasan murid membolehkan guru mengaplikasikannya dalam psikologi pendidikan  dan seterusnya membolehkan guru merancang proses dan strategi pengajaran dan pembelajaran  secara berkesan dan baik. Kaedah ini membolehkan guru mempelbagaikan cara  pangajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya, guru boleh menjalankan pengajarannya  berdasarkan Sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner.
Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk pelajar.Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah.Hal yang demikian kerana  kecerdasan yang terdapat pada seorang pelajar boleh dijadikan  sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar tersebut. Contohnya, seorang pelajar yang kecerdasan linguistik yang menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif,perbahasan dan bidang pengacaraan.



4.2) Memahami kekuatan kecerdasan pelbagai murid

Pengaplikasian pengetahuan kepelbagaian kecerdasan berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasan interlek yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan emosi  yang ada padanya. Maksudnya, seseorang pelajar yang dikatakan cergas atau bijak tidak lagi boleh diukur dan dilihat melalui kecermerlangan dalam bidang akademik sahaja.Sebaliknya, kecerdasan emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendali sesuatu perkara juga amatlah penting.Dengan itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik.
Di samping itu, pengetahuan guru terhadap kecerdasan yang terdapat pada pelajar membolehkan guru memperbanyakkan  aktiviti kokurikulum di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bagi mengembangkan segala bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara tidak langsung bidang kokurikulum pelajar juga dapat dibangunkan.

4.3) Pelaksanaan Projek dan Aktiviti
Bagi pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan  kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri mereka sendiri, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka. Contohnya, seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi biasanya akan lebih cenderung  untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota tubuh badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan berenang. Jadi, tidak mustahil mereka akan menjadi seorang atlit sukan yang unggul sekirannya mereka menggunakan kecenderungan kecerdasan tersebut untuk melatih diri bersungguh-sungguh dan memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh seseorang guru.

4.4) Penaksiran
Selain itu, pengetahuan guru tentang kepelbagaian dan perbezaan kecerdasan yang terdapat pada pelajar-pelajarnya membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya/ penaksirannya terhadap pelajar-pelajar. Hal ini memberi peluang kepada guru untuk mendalami aspek penilaian yang lebih berkesan . Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan penilaian yang mantap tarhadap kemampuan pelajar dalam sesuatu bidang. Hal ini bermakna semasa menilai seseorang pelajar, guru tidak hanya menilai pelajar berdasarkan kepandaiannya dalam pencapaian akademik yang biasanya lebih cenderung menuntut kecerdasan logik-matamatik dan bahasa. Sebaliknya, guru juga menilai jenis kecerdasan pelajar yang lain seperti keupayaan pelajar melibatkan diri dan berinteraksi dengan pelajar yang lain dalam suatu situasi dan sebagainya. Keadaan ini dapat menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.5) Pendekatan bersepadu
Secara langsungtaupun tidak langsung,pendidikan yang menitikberatkan kecerdasan yang pelbagai pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek

      4.6) Pengalaman Secara Lansung

     Apabila murid-murid terlibat dalam isu dunia sebenar dan cuba menyelesaikannya, mereka akan memperoleh penguasaan dalam kemahiran tersebut. Contohnya semasa hari kantin, murid-murid belajar bagaimana mengendali wang dan aspek keusahawanan, mengurus wang, mengambil stok, bajet dan pelbagai kemahiran lain.Dengan itu, guru-guru harus menjalankan pelbagai aktiviti supaya murid boleh menggunakan pelbagai kecerdasan mereka dan memperkukuhkan kecerdasan yang lain

Rujukan

David Lazear (2007). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain Sani, Terjemah). Selangor. Wisdom Mind Resource Sdn Bhd.
Kecerdasan. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://eprints.utm.my/6264/1/BAB5.pdf
Kepelbagaian Kecerdasan Menurut Kline dan Martel. Diperoleh pada Oktober 12, 2010 daripada http://www.docstoc.com/docs/
Multiple Intelligence and Learning Style. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.
Rizal  Ariffin dan Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
 Menurut Perspektif. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada web.usm.my/education/publication/rizal.pdf
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan,
Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah  (2009). Pembelajaran dan perkembangan
pelajar. Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan.
Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan pendidikan: Satu kajian  psikologi dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



   ZULAINA BT YUSUFF
                               DPLI MU/RBT                                                                                           
GAYA PEMBELAJARAN                                            

Pengenalan

Gaya pembelajaran memainkan peranan penting tentang cara seseorang murid itu cuba menguasai apa yang dipelajari di sekolah. Ini akan dapat membantu guru berkenaan menyiapkan diri apabila menghadapi murid dan dapat membuat satu pendekatan yang lebih berkesan dalam pengajaran mereka agar kaedah penyampaian itu dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman murid dan meningkatkan P&P supaya menjadi lebih cemerlang terhadap kefahaman guru ke atas murid mereka di bilik darjah selaras dengan kehendak pengajaran bestari – mengajar mengikut gaya pembelajaran murid.            Menurut Mahani Razali (2003), gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep yang berbeza.Gaya belajar bermaksud cara yang digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya. Contohnya Woolfolk (1998) mengatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara gaya pembelajaran pula ialah pendekatan cara belajar individu.
                Apabila guru mula memasuki bilik darjah, dia akan berhadapan dengan berbagai ragam pelajar. Ada pelajar yang kelihatan ceria, peramah, suka berinteraksi dan ada juga pelajar yang pendiam, menjadi pemerhati sahaja. kelihatan cergas dan ada pelajar yang malas dan suka tidur dalam bilik darjah. Terdapat juga pelajar yang suka membuat bising dan mengganggu pengajaran guru. Senario ini terjadi disebabkan terdapatnya perbezaan individu dalam pelbagai aspek. 
                Untuk menjadi guru yang berkesan, individu perlu menyedari perkara ini dan memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses pembelajaran atau ringkasnya cara belajar. Cara belajar ini, dari segi istilah disebut sebagai gaya pembelajaran.


Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif ialah kanak-kanak yang memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif tetapi dia mengambil masa yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya itulah yang paling tepat atau tugasnyalahyang paling sempurna.

           Gaya pembelajaran pula merupakan tingkah laku multi-dimensi yang melibatkan banyak pembolehubah sedangkan gaya kognitif merupakan tingkah laku ekadimensi (bipolar) yang melibatkan pola positif atau negatif dalam keadaan tertentu (Witkin, 1977Kebanyakan penyelidikan tentang gaya pembelajaran datang daripada usaha Shuell (1981); Kolb (1976); Gregorc (1979); Fischer & Fischer (1979); Keefe (1982); Garger & Guild (1984); Child (1986); Riding & Sadler-Smith (1992); Jonassen & Grabowski (1994) dan Dunn & Dunn (1978, 1992, 1993). Secara amnya, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara pemprosesan maklumat yang konsisten seseorang pelajar semasa ia mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru .
Dunn dan Dunn (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima.
           Terdapat lima faktor utama yang dikenal pasti mempengaruhi kecenderungan iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Menurut Reiff (1992), setiap individu secara semulajadi mempunyai kecenderungan terhadap gaya-gaya tertentu dan kecenderungan ini banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaran serta pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang.
             Perbezaan gaya pembelajaran pelajar yang dikenal pasti akan dapat membantu pengajar memahami kepelbagaian gaya menerima dan memproses maklumat yang berbeza dalam kalangan pelajar. 
                   Oleh sebab itu, para pengajar perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar (Joyce dan Weil, 1980). Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran telah mendapati bahawa terdapat hubung kait yang signifikan antara gaya kognitif, cara belajar, cara berfikir dan kekuatan daya ingatan dengan kaedah penyampaian pengajaran serta struktur bahan pengajaran yang digemari oleh pelajar. 
              Begitu juga kajian yang telah dijalankan oleh Dunn & Dunn. Dapatan mereka menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Begitu juga kajian oleh Wheeler (1980) telah menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar yang kurang berkeupayaan (disabled students) meningkat apabila mereka diajar dengan gaya pembelajaran yang mereka gemari.
             Kefahaman guru tentang gaya pembelajaran murid/pelajar diharapkan dapat disepadukan dengan kaedah atau pendekatan pengajaran seperti kaedah inkuiri, kontekstual, penyelesaian masalah atau konstruktivisme dan sebagainya yang semakin mendapat perhatian dari guru-guru kita di Malaysia masa kini. 

1.0  Gaya Pembelajaran
    Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth &         Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern     that is preferred when processing new information or experiences” ( minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman)

             Terdapat empat model gaya pembelajaran iaitu (1) Model Dunn & Dunn  (Lampiran1.1-F1b) (2) Kolb Learning Styles Inventory  (3) Honey & Mumford: Learning Styles Questionnaire (LSQ) (4) Hermaan: Whole Brain Learning Style Preference (LSP) Mana-mana satu model boleh dipilih untuk digunakan. Walau bagaimanapun, fasilitator harus memberi fokus sekurang-kurangnya kepada tiga bentuk gaya pembelajaran yang utama iaitu (1) Visual, (2) Auditori, dan (3) Kinestetik (Kajian oleh Neuro Linguistic Programming).

Secara ringkas, aplikasi kepada gaya pembelajaran mengambil kira proses yang ditunjukkan oleh rajah di bawah.



 


Konsep :       Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari  sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid dan guru perlu mengetahui  kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti  gaya pembelajaran yang  sesuai untuk diri mereka / pelajar mereka.

                        Pada asasnya terdapat dua model gaya pembelajaran yang akan  dibincangkan di sini, iaitu:-

·         Gaya  VAK  ( Visual , Auditouri ,  Kinestetik  )
·         Gaya Pembelajaran Dunn dan  Dunn


1.1 MODEL  GAYA PEMBELAJARAN   VAK  ( Visual , Auditouri , Kinestetik  )

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.

·         Gaya Pembelajaran  Visual

1.    Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat  dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.
2.    Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
3.    Murid “Visual “  tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
4.    Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

·         Gaya Pembelajaran Auditori

1.    Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang disebut dan juga arahan secara lisan.
2.    Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
3.    Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

·         Gaya Pembelajaran Kinestetik

1.    Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
2.    Mereka  biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.